BEIJING: Kereta api penumpang rentas sempadan China-Laos yang menghubungkan Kunming dan Vientiane akan dilancarkan pada 13 April, menurut China State Railway Group Co., Ltd. pada Isnin.

Bermula Khamis, perkhidmatan penumpang akan beroperasi setiap hari dari Kunming ke Vientiane dan dari Vientiane ke Kunming.

Kereta api berkenaan akan berhenti di lapan stesen di sepanjang laluan itu dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 jam termasuk masa yang diperlukan untuk pelepasan kastam, lapor Xinhua.

Kereta api China-Laos mula beroperasi pada Disember 2021. Perkhidmatan kereta api penumpang telah ditawarkan di kawasan sepanjang laluan antara Kunming dan Mohan serta kawasan yang menghubungkan Vientiane dan Boten.

Sehingga Ahad, keretapi China-Laos telah mengendalikan seramai 13.93 juta penumpang dan 18.38 juta tan kargo.

-- BERNAMA